e-Roadtax atau roadtax fizikal (jika ambil bersama)
FREE Gift (Terma & Syarat)
Dapatkan Sebutharga PERCUMA
"*" indicates required fields
Turut menyediakan perlindungan
Travel Takaful
Pastikan anda dilindungi ketika melancong sama ada dalam negara atau luar negara sepanjang perjalanan pergi sehingga balik. Isikan borang di bawah untuk dapatkan sebutharga:
Perlindungan kelewatan perjalanan (flight delay)
Perlindungan kerosakan barangan peribadi
Kelewatan bagasi
Kematian atau hilang upaya kekal
Banyak lagi
Dapatkan Sebutharga PERCUMA
"*" indicates required fields
Lain-Lain Perlindungan
House Takaful
Perlindungan untuk kerosakan akibat kebakaran, kilat dan letupan domestik
Pembayaran balik ganti rugi untuk kerosakan akibat bencana alam seperti banjir, ribut taufan, ribut petir, angin kencang
Perlindungan untuk kerosakan yang disebabkan oleh kenderaan atau haiwan
Perlindungan untuk kerosakan akibat pecahan atau limpahan tangki air, alat atau paip domestik
pelan perlindungan khas untuk kontraktor, pemaju dan pekerja untuk memenuhi kewajipan mereka di bawah syarat kontrak bagi kerja-kerja kejuruteraan awam yang diberikan seperti pembinaan bangunan, infrastruktur dan kerja kejuruteraan awam yang lain
perlindungan untuk kerugian atau kerosakan atas kerja-kerja kontrak semasa tempoh pembinaan sehingga tempoh penyelenggaraan
melindungi ganti rugi liabiliti pihak ketiga yang mungkin timbul daripada pelaksanaan kerja kontrak tersebut
Bagaimanakah caranya untuk saya perbaharui takaful kenderaan dan roadtax saya di NQAEnterprise.com?
Mudah sahaja! Anda hanya perlu berikan beberapa maklumat kepada kami melalui borang yang disediakan atau terus klik button whatsapp. Kemudian, kami akan berikan sebutharga yang bersesuaian dengan kenderaan anda. Anda boleh pilih syarikat takaful yang diingini dan buat pembayaran kepada kami untuk aktifkannya
Sebutharga dari syarikat takaful yang manakah saya boleh dapatkan?
Etiqa General Takaful
Apakah kaedah pembayaran yang ada?
FPX (online banking)
Card (Visa / Mastercard)
e-wallet (ApplePay, GooglePay)
Bolehkah saya perbaharui roadtax saya jika saya mempunyai saman trafik yang tertunggak dan banyak?
Ketika proses pembaharuan, servis dalam talian JPJ akan membuat semakan saman yang tertunggak ataupun senarai hitam yang telah direkodkan di kedua-dua pangkalan data JPJ dan PDRM. Bagi meneruskan proses pembaharuan roadtax, anda perlu membayar semua saman tertunggak yang telah direkodkan terlebih dahulu.
Bolehkah saya dapatkan bayaran balik?
Bergantung kepada alasan kenapa bayaran balik diperlukan dan ia akan diproses dalam masa 1-5 hari bekerja.
Adakah saya akan menerima resit selepas selesai pembayaran?
Ya. Setiap transaksi yang berjaya akan diberikan e-resit sebagai rujukan. Sila simpan resit tersebut bagi tujuan rujukan pada masa depan.
Siapakah yang saya boleh hubungi untuk bantuan?
Boleh hubungi kami di:
Whatsapp: 0194331803
Email: nqa.enterprise2025@gmail.com
Bagaimanakah cara untuk membuat tuntutan jika berlaku sebarang kerosakan pada motor atau kereta saya?
Untuk mengemukakan tuntutan insurans kereta, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1:
Hubungi kami di +60194331803 untuk mendapatkan bantuan profesional mengenai tuntutan anda, dari kami.
Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi talian hotline syarikat takaful anda yang disenaraikan di bawah:
Etiqa Takaful: 1-800-88-6491
Langkah 2:
Berikan semua butir-butir dan dokumen berkaitan dengan kejadian, termasuk tetapi tidak terhad kepada laporan kejadian, gambar, dan maklumat lain yang diminta.
Langkah 3:
Pihak takaful akan menilai tuntutan dengan segera dan mengesyorkan bengkel panel yang bersesuaian dan berdekatan dan seterusnya meluluskan tuntutan.
Apakah jenis takaful kenderaan yang ada di Malaysia?
Terdapat dua jenis utama iaitu Komprehensif atau Pihak Ketiga. Polisi komprehensif melindungi kenderaan anda dan pihak lain, manakala pihak ketiga hanya melindungi kerosakan kepada pihak lain.
Apa beza takaful komprehensif dan pihak ketiga?
Takaful 1st party (atau komprehensif) memberikan perlindungan penuh kepada anda dan juga pihak ketiga. Ini termasuk kemalangan, kebakaran, dan kecurian. Jika anda terlibat dalam kemalangan atau kereta anda hilang, anda boleh buat tuntutan kepada syarikat takaful anda. Malah, jika kemalangan itu disebabkan oleh anda dan melibatkan kenderaan lain, pihak ketiga juga boleh buat tuntutan melalui polisi anda.
Manakala takaful 3rd party (atau pihak ketiga) hanya melindungi pihak ketiga iaitu orang lain, bukan anda. Kalau anda langgar kereta orang di lebuh raya secara tak sengaja, syarikat takaful akan bayar ganti rugi kepada mangsa. Tapi kerosakan pada kereta anda sendiri perlu ditanggung sendiri kerana ia tidak dilindungi.
Bolehkah saya perbaharui takaful kederaan lebih awal sebelum tarikh tamat?
Ya, anda boleh renew takaful lebih awal, iaitu seawal 2 bulan sebelum tarikh tamat tempoh. Apabila anda memperbaharui takaful lebih awal, ia tidak akan menjejaskan takaful sedia ada. Takaful semasa akan kekal aktif sehingga tarikh luputnya, manakala polisi takaful baru yang anda perbaharui hanya akan bermula selepas polisi semasa tamat.
Bagaimana untuk semak tarikh luput takaful kenderaan saya?
Anda boleh semak melalui MyCarInfo, sistem JPJ atau melalui syarikat takaful anda.
Apa itu NCD (No Claim Discount)?
NCD ialah diskaun yang diberi kepada pemandu yang tidak membuat tuntutan dalam tempoh perlindungan takaful mereka.
Perlu buat PUSPAKOM untuk renew roadtax?
Hanya jika roadtax tamat lebih dari setahun atau ada perubahan pada struktur kenderaan.
Bagaimana nak tahu roadtax saya dah aktif?
Semakan boleh dibuat di aplikasi MYJPJ atau kami akan maklumkan kepada anda.
Apa beza antara roadtax fizikal dan digital?
Roadtax fizikal ialah pelekat bercetak yang dilekatkan pada cermin hadapan kenderaan sebagai bukti cukai jalan telah dibayar. Manakala roadtax digital pula adalah bukti dalam talian yang disahkan melalui sistem JPJ dan tiada pelekat fizikal diperlukan.
Adakah saya akan dapat salinan fizikal polisi dan roadtax?
Ya. Polisi dihantar melalui email atau whatsapp anda dan roadtax boleh dipilih versi digital atau penghantaran fizikal.
Apa perlu buat selepas kemalangan kecil?
Ambil gambar, tukar maklumat dengan pihak terlibat, buat laporan polis dalam 24 jam, dan hubungi syarikat takaful.
Boleh buat tuntutan cermin depan tanpa hilang NCD?
Ya, jika anda ada ambil add-on perlindungan cermin depan.
Bagaimana untuk tuntut kerosakan akibat banjir?
Hanya boleh jika anda tambah perlindungan bencana alam. Laporan polis dan bukti kerosakan diperlukan.